Wednesday, 12 August 2015
Filled Under:
Inilah Respons Balas Azalina Othman Selepas Gambar '"photoshop'' Beliau Dukung Azwan Ali Jadi Bahan Di Media Sosial
Posted By:
Abam Biasa
on 08:54
Jika sebelum ini menjadi viral gambar ''Troll" yang telah diedit oleh pengguna media sosial potret perkahwinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan selebriti Azwan Ali sebagai pasangan suami isteri.
Gambar tersebut telah dikongsi oleh ramai Netizens sebagai status dan komen bergambar di laman-laman page termasuk di kalangan sahabat Siakapkeli sendiri.
Namun gambar tersebut kembali hangat menjadi bualan hari ini selepas ahli Parlimen Pengerang itu telah memberi respon mengenai gambar berkenaan di mana Azalina memuatnaik di laman Instagram miliknya.
Apa yang menarik, respons Azalina bukanlah marah seperti seorang 'Diva' itu, sebaliknya berdasarkan kepsyen yang ditulis ia seolah-olah lucu bagi menteri berkenaan melihat gelagat rakyat Malaysia yang menyunting gambarnya,
“Hahaha.. nak buat macam mana.. Asam garam politik, #hariharikenakutuk #kipidap #dungibap ✌��,” tulisnya sebagai kapsyen gambar berkenaan.
Gambar tersebut telah diedit oleh pengguna media sosial apabil dikatakan watak Azalina sedikit tomboi atau keras macam lelaki berbanding Azwan yang lembut seperti perempuan.
Apapun gambar tersebut hanyalah gurauan dan hiburan semata-mata, biasalah orang dikenali ramaikan. Apapun respon Datuk memang terbaik, tidak cepat melatah seperti sesetangah individu lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment