Wednesday, 12 August 2015

Filled Under:

So Sweet! Kisah ‘Cinta Monyet’ Sejak Umur 12 Tahun Ini Diakhiri Di Jenjang Pelamin,


Jika diimbas kembali ketika di zaman persekolahan dahulu, pastinya tersimpan seribu satu kenangan manis mahupun pahit. Dalam banyak-banyak cerita tersebut, mesti ada cerita ‘cinta monyet’ kan?


Tipu lah kalau tak ada langsung. Tak apa lah biarkan memori tersebut disimpan rapi dalam ingatan korang je, kami pun tak kuasa nak tahu hihi.

Ikuti kisah pasangan ini yang berkenalan sejak berumur 12 tahun, satu kelas, terpisah beberapa tahun kerana jarak dan kini bahagia sebagai suami isteri.


Jika diimbas kembali ketika di zaman persekolahan dahulu, pastinya tersimpan seribu satu kenangan manis mahupun pahit. Dalam banyak-banyak cerita tersebut, mesti ada cerita ‘cinta monyet’ kan?

Mengimbau kisah aku dan dia ��
.
.
Kami berkenalan pada usia 12 tahun. Kami sekelas, kelas 6 Mutiara, dia duduk belakang aku. Kami selalu bersaing dalam pelajaran. Bangga bila dapat markah lebih daripada dia. Hehe. Kami juga kawan sepermainan. Petang main bersama2. Umur 14 tahun, kami berpisah sebab dia berpindah ke Muar dan kami terputus hubungan. Pada usia 18 tahun kami bertemu kembali. Itu pun sebab ada orang dalam. Haha. .
.
Kami berhubung, sms dan call, sampai satu hari dia hilang sebab aku yang cakap aku tak suka buang masa sms dan call. Aku nak belajar pun tak senang. Masa tue zaman matrikulasi. Ingat nak belajar je konon �� Dia m'hilangkan diri, merajuklah tue, sampai aku yang cari dia balik sebab rasa boring bila takde orang nak kacau aku hari2. Hehe. .
.
Berkawan setahun dan officially as couple masa umur 19 tahun, 1 Disember 2005. Masa tue tahun pertama aku di universiti. Percintaan jarak jauh memang banyak dugaan dan alhamdullilah selepas 8 tahun menyulam cinta, kami diijabkabulkan oleh hero saya, my daddy cool �� .
.
Lama betul bercinta kan? Semua salah aku jugak sebab aku tolak lamaran dia selepas habis study dulu. Alasan nak kerja cari duit sendiri. Alasan tue menyebabkan bertambah usia percintaan kami menjadi 8 tahun. Terima kasih suami kerana menungguku ��
.
.
Alhamdullilah kini sudah menjadi suami isteri. Sesungguhnya perasaan yang tak dapat diungkap apabila hubungan kami sudah halal di sisi Allah. Tak terkata gembira dan bersyukur. Terima kasih untuk segalanya Mr Aliff 

9 Ogos 2015 -- Selamat Ulangtahun Pertama Perkahwinan ��

Alhamdullilah. Begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru semalam kahwin. Haha. Dah setahun rupanya. Terima kasih suami kerana sudi memperisterikan saya yang dahlah keras kepala, hati batu, hati keras, degil tapi sebenarnya baik hati dan manja orangnya. Hahaha. Saya pun tak sangka satu perangai awak yang baru tahu selepas kahwin. Dulu masa bercinta tak pernah pulak ada. Kentut bersepah! Hahaha. .
.
Terima kasih untuk segalanya. Semoga hubungan kita kekal dan bahagia till Jannah. Semoga dimurahkan rezeki. Semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNya. Dan akhir sekali semoga awak terus bersikap annoying kerana dengan sikap annoying itulah yang menceriakan hidup saya hari2 




0 comments:

Post a Comment