Monday, 10 August 2015

Filled Under:

Tabik Spring Lu Bro ! Lelaki India Yang Mulia Ini Sanggup Pulangkan Balik iPhone 4S Setelah Setahun Handset Ini Hilang Sangat Mengujakan



Salam 1 Malaysia,

Ada cerita mahu dikongsikan dengan semua.

Hari Jumaat lepas, aku balik kerja, ada seorang lelaki call, nak pulangkan balik telefon (iPhone 4S) adik perempuan aku yang hilang lebih kurang SETAHUN lepas. Walaupun hilang setahun lepas, keadaan masih tiptop and nampak baru macam masa mula-mula aku beli.





Nak dijadikan cerita, dia terbeli handphone ni dari seorang pakcik sebanyak RM600, tetapi sebab 4S ini ada ID Lock, dia cuma bayar RM350 dan pergi ke kedai telefon untuk pecah code pada harga RM60. Semasa pecah code, orang kedai cakap ade SOS MESSAGE di handphone ini. Dia terus telefon aku nak pulangkan balik.

Mulanya, aku dah malas dan rasa was-was nak pergi ambil handphone, sebab dia di Kemunting, Taiping. Aku pula duduk di KL dan tak ada duit nak bayar balik RM300+, tetapi lelaki ini tetap berkeras nak pulangkan balik, sebab di SOS MESSAGE tu tulis ada banyak barang peribadi adik aku.


Kebetulan hari Sabtu, aku ada majlis perkahwinan di Teluk Intan. Jadi aku beritahu, kalau aku sempat aku ke Taiping jumpa dia. Lepas balik dari majlis, aku terus ke Taiping dengan keadaan duit tak ada. Niat di hati, kalau dia nak minta balik bayar RM300+ aku let go je telefon tu dan DELETE ALL data yang ada dalam telefon.

Lepas aku sampai di Taiping, kami jumpa di Stesen Bas Kemunting (Nasi Kandar Ali). Aku beritahu aku memang tak ada duit nak bayar balik, dan redha sebab aku pun serba salah dia dah terbeli iPhone itu.

Dia tetap mahu pulangkan balik, dan dia kata, “Tak apa kalau you tak ada duit, I tetap nak pulangkan. Sebab nanti I tak tenteram pakai barang tak elok (barang orang). Nanti anak isteri I pakai jadi tak elok.”

Dia cerita dulu dia pernah hilang lori dan jumpa balik. Jadi, dia cakap, “Tak apa dulu I pernah kena macam ini, sekarang masanya I pula yang balas.” Muliakan hati dia. Sebak pula rasa…

Aku tetap hulurkan RM50 yang sepatutnya digunakan untuk membayar minyak dan tol dari Taiping ke KL. Lelaki ini tolak, dia kata, “Tak apa kalau you tak ada duit. I dah pulangkan pada pemilik pun I dah rasa lega dan mungkin satu hari nanti Tuhan akan balas kebaikan pada I.” Tetapi aku hulur juga, sebab aku cadang nak pinjam duit kawan aku (second driver).

Waktu aku hidupkan kereta, aku singgah di 7E nak beli air. Dia telefon dan kata dia tak sedap hati. Dia takut aku tak ada duit nak balik KL dan nak pulangkan balik RM50 itu. Aku berkeras tolak dan cakap tak apa, I ada duit lagi.

Tetapi dia tetap datang ke kereta dan pulangkan duit. Dia kata, “Tak apa, you ambillah duit ni. Balik KL nanti, kalau you dah sampai KL, ada duit, you bank in.”

Sebak lagi rasa hati ini. Sebab nak difikirkan, setakat RM50, apalah sangat nak dibandingkan dengan kemuliaan dan kebaikan hati lelaki ini. Yelah, kalau diikutkan, baik dia pergi pecah code dan lepas tu guna je handphone tu, tak payah susah-susahkan diri pulangkan balik.

Lagi aku terfikir, baiknya dia ini, tak ada rasa curiga pada aku langsung. Yelah, aku kan ambil balik duit tu – lepas sampai KL, boleh je aku block nombor dia, jadi aku untung. Tetapi aku taklah buat macam itu, aku bank in balik duit dia.



Jadi, aku betul-betul nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dengan apa yang En. Tamil Selvam ini buat. Aku pun tak tahu bagaimana hendak balas rasa bersyukur dan terima kasih aku pada dia. Aku harap dia dan keluarga dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah dan gembira selalu. Dan kalau you terbaca post ini, send my regards to all of your family members and friends.

Untuk informasi, nama dia Tamil Selvam,  umur 30 tahun (nampak muda sebab dia baik hati). Dia berbangsa India, sudah berkahwin, ada anak seorang dan isteri tengah hamil anak kedua. Dia bekerja sub-contract untuk perkhidmatan mencuci di ECONSAVE Kemunting, Taiping.

Aku kongsi cerita ini, sebab aku rasa terharu bila jumpa orang yang sangat baik macam ni. Tak kiralah Melayu ke, India ke, Cina ke atau kaum-kaum lain, kita kan Satu Malaysia.

Terima kasih Mr. Tamil Selvam.

The End.

Ditulis Oleh Hanafi Azwir via Facebook




0 comments:

Post a Comment